Sunday, September 07, 2014

Bukit Saga: Ah Pek Hill or Bukit Saga Cheras Found World War II Bom!



http://www.hmetro.com.my/articles/Jumpabom226kilogram/MA/Article

Jumpa bom 226 kilogram

Oleh Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Penggemar aktiviti riadah mendaki bukit di Bukit Cheras Awana dan Bukit Hartamas diminta supaya menghentikan aktiviti mereka dalam tempoh terdekat ini berikutan penemuan bom lama seberat 226 Kilogram di kawasan berkenaan, sebentar tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di Laman sosial rasmi facebook Polis Daerah Kajang, bom berkenaan dipercayai peninggalkan sejak zaman Jepun kira-kira jam 2.30 petang.


Laporan itu menyatakan bahawa bom berkenaan dijangka akan diletupkan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Selangor, pada pagi Isnin.

"Kepada rakan FB Polis Daerah Kajang dan orang ramai yang sering melakukan aktiviti mendaki Bukit Cheras Awana dan Bukit Hartamas dan sekitarnya, tuan-tuan dan puan-puan diminta untuk tidak melakukan aktiviti terbabit bermula esok berkaitan penemuan bom lama zaman Jepun seberat 226 Kilogram.

FotoBOM yang akan diletupkan UPB esok pagi.

"Bom ini dijangka diletupkan pada esok pagi oleh pihak Unit Pemusnah Bom(UPB) IPK Selangor. Sebarang pertanyaan boleh hubungi bilik gerakkan IPD Kajang 03-87336580," dalam kenyataan media berkenaan.

1 comment:

Anonymous said...

Until when we can go climbing again..